Ditulis oleh Tan Ru Yi, Pegawai Farmasi AA.

Kajian mendapati bahawa 95 % perokok Muslim menyatakan lebih mudah untuk berhenti merokok dalam bulan Ramadan.

Muslim berpuasa hampir 14 jam sehari dan selama ini juga perokok dapat mengawal diri daripada merokok. Apa salahnya selepas berbuka diteruskan tanpa merokok sehingga bersahur. Jika perkara ini dapat diamal kan untuk hari-hari seterusnya nescaya tabiat buruk merokok dapat dihentikan sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak.

Ujian Tahap Ketagihan Nikotin (Fagerstrom’s Skor):

Faedah Berhenti Merokok:

Kebaikan berhenti merokok bermula seawal 20 minit ke 10 tahun selepas berhenti merokok.

Halangan Berhenti Merokok:

Kesan sementara apabila berhenti merokok selalu menjadi halangan untuk berhenti merokok. Mengenal pasti kesan berhenti merokok  dan tanda ketagihan nikotin dapat membantu perokok dan ahli keluarga untuk mengharungi rintangan dalam perjalanan berhenti merokok.

Antara kesan sementara selepas berhenti merokok ialah:

  • Kerap batuk
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Ulser mulut
  • Kesukaran tidur
  • Selera makan bertambah
  • Selalu letih
  • Ketagihan

Tanda-tanda Ketagihan Nikotin:

  • Tertekan
  • Gelisah
  • Cepat marah
  • Berdebar-debar
  • Letih
  • Sukar menumpu perhatian
  • Sukar tidur
Tips Berhenti Merokok (Petua 12M)
  1. Melengah-lengahkan: Katakan ‘NANTI’ setiap kali anda ingin merokok
  2. Menarik nafas panjang: Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. Minum air: Minum banyak air kosong
  4. Menyibukkan diri: Buat sesuatu untuk mengalihkan fikiran dan melupakan rokok
  5. Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  6. Menjauhkan diri dari orang yang merokok
  7. Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan buah-buahan. Elakkan makanan manis.
  8. Membasuh tangan selalu
  9. Mandi dengan kerap
  10. Meregangkan otot. Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
  11. Meditasi
  12. Momohon doa. Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha.


Ubat yang membantu dalam proses berhenti merokok:

Terapi Gantian Nikotin (Nicotine Replacement Therapy- NRT)

NRT membekalkan jumlah nikotin yang kecil dan terkawal untuk mengurangkan ketagihan merokok mengurangkan bilangan rokok yang dihisap meringankan tanda ketagihan

NRT juga menyediakan nikotin ‘bersih’, iaitu tanpa tar, karbon monoksida dan perengsa lain  (penyebab kanser) berbanding dengan menghisap rokok.

Jenis-jenis NRT:

Gula-gula getah nikotin (Nicotine Gum)

Tampalan Nikotin (Nicotine Patch)

Tidak dapat dinafikan, perjalanan untuk berhenti merokok tidak senang dan tiada jalan pintas. Sokongan daripada keluarga tersayang dan keazaman diri adalah amat penting untuk berhenti merokok.

Jika anda berminat untuk berhenti merokok, sila rujuk kepada Pegawai Farmasi anda untuk merancang cara untuk  berhenti merokok.

Reference:

  1. Perkhidmatan Berhenti Merokok Di KLinik Kesihatan. Bahagian Pembanguna Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Nicorette. Kit untuk Kegunaan Pegawai Kesihatan Bagi Menggalakkan Penghentian Merokok.
shares