Ditulis oleh Tan Ru Yi, Pegawai Farmasi AA

Adakah Terapi Insulin Perlu Diubah Semasa Ramadan?

Insulin digunakan dalam rawatan kencing manis untuk mengawal kadar gula dalam badan. Dalam bulan Ramadan, insulin yang disuntik mungkin perlu diubah mengikut masa yang sesuai dan pemakanan individu.

Namun, pengubahsuaian dos hanya boleh dilakukan bersama pemantauan gula kendiri atas nasihat pegawai perubatan dan pegawai farmasi.

Apakah Pelarasan Yang Patut Dibuat Untuk Ubat Oral Diabetes Semasa Bulan Ramadan?

Kebayakan ubat oral diabetes boleh dikekalkan dalam bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis ubat oral mungkin perlu dikurangkan atau diselaraskan mengikuti masa untuk mengelakkan hipoglisemia (paras gula rendah dalam darah).

*Sila bincang dengan doktor atau pegawai farmasi anda untuk pengubahsuaian dos sempena Ramadan.

Untuk mengetahui tanda-tanda hipoglisemia, sasaran bacaan gula dalam bulan Ramadan atau cara pemakanan secara lebih lanjut, sila rujuk kepada pegawai farmasi anda. Selamat berpuasa!

Reference:

  1. Management of Diabetes in Ramadan. Ministry of Health Malaysia. Malaysia Endocrine & Metabolic Society.
shares